Sunday, March 28, 2010

cerita hari sabtu

sebagaimana yang kita sedia maklum,(ceh,ayat bm format spm...) jom heboh telah berkampung di kota bharu sejak hari jumaat lagi. jadi...setelah kitaorang adik-beradik tengok iklan kat TV pasal ni, apalagi mulalah sesi pujuk-memujuk mama dan papa. kiranya iklan tu berjayalah merasuk fikiran kitaorang yang memang sudah dirasuk dengan pelbagai benda. awal-awal lagi mama dah pesan. kalau nak pergi sana, bangun awal-awal! (hah! nampak sangat bangun lambat..lepas subuh,tido balik..ish ish ish) memang excited giler nak pergi ni.walaupun pergi lewat daripada yang dirancang, tapi...memang teruja!!!
oleh kerana kitaorang memang jakun tahap melampau, mulalah excited nak jumpa artis.lebih-lebih lagi bila tengok kat TV pagi tu, ramai artis yang datang..! langkah je kaki keluar dari rumah, muka dah tersengih macam kerang busuk.
tapi, yang sedihnya.....

bila sampai je kat tapak jom heboh tu, punyalah ramai orang! berduyun-duyun...!!
orang ramai+kereta banyak= parking susah nak cari...
so, pusinglah satu KB semata-mata nak cari parking. yang sadisnya..langsung tak dapat parking...
jadi, apa yang korang boleh simpulkan?

yup!!kitaorang tak dapat pergi jom heboh tu...T_T. tulah papa. orang suruh beli helikopter, tak nak! kalau ada helikopter kan senang. tak payah susah-susah cari parking.(hoho jahat punya anak!)
adik-adik pulak,masing-masing dah buat muka seposen. yelah kan, apa yang diaorang rancang semua tak menjadi. my 'lil sis dah rancang kalau jumpa fizo, nak buat macam nilah, macam tulah..nak ambik gambar lah..macam-macam lah..(sajelah tu nak kasi kakak dia yang nombor dua yang cantik lagi lawa ni dengki :p)well...I minat fizo..hakhak

tak jadi pergi jom heboh, takkan nak terus balik kan? penat lelah bawak kereta...
so, kitaorang decided pergi KB mall. untung jugak.. sebabnya mama belikan baju baru.....!wah~

tak menyesal lah walaupun tak pergi jom heboh. bak kata pepatah, di bawah taik lembu yang kering, pasti ada rumput yang menghijau....
renung-renungkan lah...

Friday, March 26, 2010

tips yang korang suka

tips kuruskan badan!!

1. Tetapkan matlamat anda untuk mengurangkan berat badan secara perlahan-lahan. Iaitu penurunan dalam lingkungan 0.5kg ke 1kg dalam seminggu.
Biasanya 0.5kg adalah angka yang biasa yang mampu dicapai oleh kebanyakan anda. Tapi jangan terlalu memaksa jika anda tak mencapai sasaran awal. Jika anda dapat kurangkan 0.1kg pun dah bagus untuk
permulaan. hmmm..jangan tamak haloba
2. Sebaiknya, lupakan niat anda untuk mengambil sebarang ubat-ubatan dengan tujuan menurunkan berat badan. Lebih-lebih lagi tanpa mendapat nasihat atau kebenaran doktor plak tu. ini tak.apa yang ada kat pasaran,semua korang sumbat.pantang tengok iklan dalam TV.ish ish ish~
Bagi anda yang nak menjaga otot, boleh ambil suplemen seperti Glutamin setiap hari selepas sesi senaman. fuyoo!lepas ni gerenti korang semua akan jadi wonder woman,otot berketul-ketul..
3. Ambil makanan dan minuman yang rendah kalori dan mempunyai kandungan nutrien yang tinggi. Kurangkanlah sebanyak 500 kalori sehari untuk tujuan mengurangkan berat badan.
Kurangkan juga pengambilan makanan ataupun minuman yang manis (kandungan gula yang tinggi). Lebihkanlah memakan buah-buahan dan sayur-sayuran segar.
4. Elakkan memakan makanan ringan di antara waktu makan. Sebaliknya, anda boleh gantikan dengan sekeping biskut krim kraker dengan secawan kopi atau teh kurang manis (rendah lemak). Ataupun makan saja buah-buahan sebagai ganti.
5. Banyakkan minum air mineral dan jangan meminum minuman
beralkohol. pastikan sekurang-kurangnya anda menghabiskan satu gelen air sehari ^^
6. Tetapkan waktu makan anda setiap hari.
Kemudian, disiplinkan diri anda agar makan pada waktu yang ditetapkan. Jika dicepatkan atau dilambatkan sedikit pun tak mengapa. Ikut keadaan dan kesesuaian anda.
7. Makanlah di ruang makan dan bukannya di depan tv
. siapalah aku tanpa TV..jangan pisahkan kami!!
8. Biasakan diri menggunakan pinggan yang lebih kecil semasa makan. Tujuannya supaya anda tidak mengambil terlalu banyak atau menambah lauk pauk terutama yang berlemak atau berkalori tinggi. okey...yang ni,pastikan korang menggunakan piring alas cawan untuk makan ye..gerenti memanggg kecil :p
9. Penuhkan hari anda dengan melakukan aktiviti tertentu bagi mengelakkan daripada asyik teringatkan makanan. makanan adalah perkara utama yang berlegar-legar di di dalam otakku..all the time
10. Akhir sekali, pastikan anda mendapatkan rehat secukupnya. Contohnya waktu tidur. Tidurlah dalam 6 hingga 8 jam sehari.

tips seterusnya ni akan menggembirakan hati para ibu..
tahukah anda? sejam melakukan kerja rumah, ia boleh membakar kalori antara 200-1000kJ!!
jadi,lepas ni kalau mak suruh buat kerja-kerja rumah,jangan merungut!
buat je...niat dalam hati...nawaitu aku nak kurus..
pastikan masa buat kerja rumah tu..postur badan kena betul.jangan bongkok terutama sekali masa menyapu atau mengemop lantai.sekaligus korang akan dapat bentuk badan yang menawan gitu~
selamat mencuba~

p/s:walau apa sekali pun,syukurlah dengan apa yang kita ada...nak kurus hanya untuk kesihatan kita tak apa.tapi jangan nak kurus sebab ada niat tak baik...

Wednesday, March 24, 2010

saja suka-suka

which one do you LOVE most?


Tuesday, March 23, 2010

lucu,tapi...

cuba korang baca dan fikir....cerita ni aku jumpa dalam buku Reader's Digest.(bagusnya kau dilah...rajin baca buku..:p)



coming out of the supermarket the other day,I saw a scary sight.As a woman loaded groceries into her trunk,her shopping cart began to roll away.The scary part? It was heading for my car!

She ran after it,but was too late-the cart slammed into my driver's side door.

"How bad is the damage?" I called out,running towards her.

"Bad," she said,gathering her groceries."I broke at least a dozen eggs."



tuan punya kereta maksudkan dengan kerosakan pada kereta dia.tapi 'the woman' tu pulak cakap pasal telur dia yang dah sedozen pecah..

cerita ni lucu lah jugak sebenarnya.(walaupun aku tak ketawa masa baca...or is it too funny that I just forgot to laugh? -hah~ayat novel..huhu)

so...apa yang tapinya?

masing-masing pentingkan diri sendiri...! sorang risaukan kereta dia,sorang lagi risaukan groceries dia..

memang benda macam ni berlaku dalam kehidupan seharian kita. sampaikan ada yang saman-menyaman. padahal benda yang terjadi kecik je bagai anak kuman yang kurus yang terkena penyakit.kuman terkena penyakit? bukan 'dorang' ke yang bawa penyakit? T_T tak pasal-pasal mahkamah jadi popular. dengan hakim-hakim sekali naik nama..

kan ke baik kalau kita saling bermaaf-maafan sesama kita. tak payah saman-menyaman. buat habis duit, tenaga dan macam-macam lagi.

teringat satu kata-kata yang pernah didengar atau dibaca

kalau semua orang boleh ketawa dan membuatkan orang lain ketawa bersama, takkan ada peperangan dalam dunia ni..

jadi, jangan lupa untuk ketawa...tapi berpada-pada..

Saturday, March 20, 2010

sabar aje la...

rasa nak nangis, rasa nak meraung-raung...kenapa semua ni terjadi pada diriku yang tak seberapa ni? kenapa? kenapa? (asal ko dilah? nak nangis, meraung bagai?) mungkin bagi korang benda ni kecik. tapi bagi aku tak!!!
setelah sekian lama menanam 'pohon chenta' yang hampir-hampir mengeluarkan bebunga kenapa orang lain sanggup merampas kau dari aku? oh~ dunia! lihatlah~~~
alkisahnya~
baru-baru ni, sepupu-sepupu datang bertandang ke rumah. so, kitaorang pun tukar-tukar lagu korea yang kitaorang ada..macam ko copy yang aku, aku copy yang ko..gitulah..
tapi,...waaaaaa~
diaorang copy sume gambar kim bum!! "gambar peribadi" yang dikumpul sejak sekian lama.. mulanya memang dah redha. ambiklah..kalau nak pun.sedaya mungkin buat-buat tak kisah.tapi, bila dah malam, nak tido, tetiba teringat..(sob~sob~)


pesanan untuk dorang: kak dhiha! nisya! kalau boleh delete lah gambar-gambar tu...
tapi kalau tak nak delete jugak, jangan bagi didie nampak yang korang masih ada gambar-gambar tu..kalau nak guna those pictures dalam your blog atau apeper je..please.. I beg you, sambil melutut depan komputer..don't use the pix..k?
benda ni amat mengganggu emosi didie, sampaikan nak bukak blog nisya pun tak bleh..
harap korang faham.... (bunyi macam kejam kan bila aku suruh dorang delete gambar-gambar tu?) kalau kak dhiha ngan nisya ada baca post ni, bila kita jumpa nanti, buat-buat tak tahu..faham?!! (kenapa? malu beb!! pasal gambar kim bum sampai nak nangis..hehe)

meh pakat tengok

mari cik adik,mari cik kak!! duk rapat-rapat... jom kita tengok citer..
MASTER OF STUDY
di KBS WORLD setiap hari isnin dan selasa, pukul 9.00 malam.
tapi, kalau korang dalam dilema atau adik-beradik buat-buat muka kesian dan muka ala-ala nak nangis sebab suruh korang tukar channel TV3 pada hari selasa sebab nak tengok citer hotel mania, jangan runsing, jangan bimbang, master of study ada ulangan pada hari AHAD dua episod sekali gus, pukul 8.50 pagi
pada hari ini bergembiralah anda kerna adik-adik sudah pigi sekolah maaa...(ngadap la korang depan tv sambil tangan bergerak lipat kain.)
percayalah! segala yang disebut diatas hanyalah berdasarkan pengalaman.







macam kata moona, citer ni memang bagus. bukan untuk bebudak sekolah je, tapi untuk kita-kita yang bakal menyambungkan pelajaran tak lama lagi..
so....selamat menonton!!

Saturday, March 13, 2010

congratulations

TAHNIAH!! CONGRATULATIONS! MABRUK 'ALAIKUM!! kepada semua calon SPM 2009 SMKA NURUL ITTIFAQ. korang memang gempak!!

fuh~ memang berdebar-debarlah masa nak ambik result hari tu. makin dibaca doa untuk tenangkan hati, makin berdebar rasanya. mulanya lepas dapat result, tak nak bukak lagi. kononnya nak buka masa dalam perjalanan balik rumahlah. tapi, setelah didesak dengan cara paling baik oleh member-member ditambah pulak dengan muka diaorang yang penuh dengan perasaan ingin tahu + muka kesian, so aku bukalah result tu..( korang memang jahat. saje je nak buat aku serba salah. kan? kan?) apeapepun.. Alhamdulillah. syukur ke hadrat Allah kerana telah mengurniakan satu lagi nikmat untuk aku rasai..nikmat kejayaan.

special for yani, anum, tiqah, tihah, dan semua ex-classmates 5 ibnu sina..


congratulations! well done!
your brilliant days have begun
you are on the road to success
you are on the way to progress


your efforts have been crowned
success you have now found
to you I say " well done!"
you are second to none

you're really on the rise
not once,but more than twice
you deserve to go very high
for you, the limit is the sky


p/s: harap kita akan jumpa lagi. kenang daku dalam doamu ( cheewah~ ayat paling klasik pernah aku guna. huhu )