Thursday, January 21, 2010

memperkenalkan...

(sila buat nada suara macam pengacara majlis)ladies and gentlemen now I'm going to introduce to all of you my favourite group-korean-artist(hah~speaking dah berterabur*sheesh*)...ss501...



dari kiri:jung min,kyu jung,kim hyun joong,yong saeng,hyun jun






macam mana boleh tersangkut ngan double s ni?first time tengok group ni dalam rancangan ~thanks for waking me up~ pastu cuba-acu-try-test dengar lagu-lagu diaorang. mantop giler.kalau korang perasan,hyun joong adalah pelakon dalam cerita boys over flowers.hyun jun tu pula ada iras-iras muka my cousin male version.
kalau anum minat 2pm,zahlia suka big bang(male group)..aku pun ada favourite group jugak :p ss501
insya-Allah aku akan muat turun lagu-lagu ss501 dalam blog ni.hope you guys enjoy!

Monday, January 18, 2010

taktaunakkataapa

lonely....I'm a lonely..I have nobody..
ha~boring tahap giler duduk rumah sesorang.betullah kata Ayong.cuti lepas SPM memang memmmmmmbosankan!mama kata start belajar drive bulan dua nanti.lama lagi tuu..mama kata lagi sementara tu duduk rumah jaga adik,masak-memasak,kemas rumah,jemur-angkat-lipat kain.
otak dah tepu coz duk rumah lama sangat.sekarang ni jadi macam tak betul sikit.(mungkin banyak..T_T)sebabnya sekarang ni asyik je cakap sesorang,tersengih-sengih sesorang..macam-macam lagi lah yang sepatutnya dibuat oleh dua orang!ha~~~
sebenarnya dah plan banyak benda nak buat.macam....
*ambil class BI
*masuk class komputer
*asah bakat melukis-mewarna
*belajar masak/jahit
*daki gunung everest(ok,yang ni tipu :p)
tapi sekarang semuanya tak jadi!!!huhuhu sedih woooo~(ada lah satu dua yang menjadi.)
kadang-kadang rasa macam anak dara zaman dulu-dulu yang tunggu orang masuk meminang.kadang-kadang jugak rasa macam peserta program nyanyian yang tengah berlatih vokal suara sebab asyik sangat menjerit coz bosan tahap melampau!
aiseyman...tetiba rindu kat member-member sekolah......(miss you guys soooo much!!)

Tuesday, January 12, 2010

tiada kata yang dapat kuungkap..


akhirnya dapat jugak teruskan blog ni.yuhuuu!!!!yipie!yipie!!(ok.ok.terover dah tu).
setelah sekian lama menunggu,baru kali dapat update blog.sebabnya tak lain tak bukan ..internet telah dipotong sementara.huhu faham ajelah kenapa..
banyak benda nak cerita..pasal ex-schoolmates masa primary school,pasal benda yang terjadi sepanjang cuti...banyak lagi..
ok.untuk hari ni,pagi-pagi lagi dah dipaksa mandi oleh mama coz kitaorang nak pergi jerteh atas urusan tertentu.yelah sebelum ni nak mandi pukul berapa pun tak ada sorang pun tegur.(haha nampak sangat malas..mentang-mentang tak sekolah:p)
hari ni jugak diriku telah diusung oleh mama ke hospital atas alasan kakiku telah dijangkiti virus-virus.makanya secara rasminya diriku telah diberikan ubat antibiotik yang bewarni-warni mengalahkan smarties...(ah!!!!benci ubat!benci ubat!!)



Thursday, October 15, 2009

selamat maju jaya!(",)



bubbye semua

pertama sekali nak ucapkan bebanyak terima kaseh kepada follower pertama.(huhu dah ada follower)kepada sesiapa yang menziarah blog ini,silalah tanpa segan silu jadi follower untuk blog ini.(*sheesh*)

exam dah tinggal sebulan lagi..takut..gementar..teruja..semua rasa dah bercampur dengan sebati.kata orang,cuuuuuukup rasa!tak lama lagi kena stay kat hostel.huhu,bubbye papa and mama,bubbye ayong,acik and adik.bubbye TV.bubbye...internet..bubbye everybody...(isk..isk..)
tak sanggup rasanya nak stay kat hostel lama-lama.namun,demi perjuanganku yang belum selesai,ku gagahi jua diri ini.(hidup 12 A++!!!)(hahahaha semangat tengah berkobar-kobar ni).*respect habislah kat cikgu-cikgu yang sanggup gadai masa dan tenaga demi kejayaan anak-anak didik*kitaorang dah nak start ikut jadual anjal kat sekolah.every friday and saturday we have extra classes.letih,sebu,penat,tapi.....excited,teruja,serunuk,dan.....macam-macam ada..(",)

sekarang diri ini hanya mampu berusaha,berdoa dan bertawakal hanya kepada Allah S.W.T .kepada teman-teman,sahabat-sahabat,diriku hanya mampu iringi kalian dengan doa yang ikhlas dari hati yang kudus.moga-moga kita semua memperolehi kejayaan yang terbilang bersama-sama keredhaan daripada Allah.amin..

Saturday, October 10, 2009

bahasa melambangkan bangsa

cacatan ini ditulis mengikut format kertas 1 dan 2 Bahasa Melayu SPM.:p
Cikgu cakap,bahasa melambangkan bangsa.cantiknya sesuatu bangsa terletak pada nilai bahasa yang digunakan oleh mereka.bahasa yang tak elok,menampakkan ketidaksenonohan sesuatu bangsa.samalah macam kita mengeja.kalau eja guna shortform(maafkan saya)singkatan pun tak boleh.sebabnya hanya kita sahaja yang tahu perkataan apa yang disingkatkan.
jadi,oleh kerana diri ini seorang anak didik yang mendengar kata,catatan pada kali ini langsung tidak menggunakan apa-apa jenis singkatan.kepada sesiapa yang membaca,anda dinasihatkan untuk menggunakan bahasa baku.ingat!bahasa melambangkan bangsa(",)

p/s;susah payah diriku ini memerah otak untuk menghasilkan cacatan yang sebegini agar tidak dilabel sebagai bangsa yang tidak senonoh.diingatkan sekali lagi:guna bahasa baku.(",)

(ada yang mengeja satu-satu ni karang.guna bahasa bakulah katakan..):p

Friday, October 9, 2009

aku,kau dan Tuhan

jika panggilan diri diganti dengan "aku" dan "kau" kita akan dilabel sebagai kurang ajar,tidak sopan,biadap dan kata-kata yang seumpama dengannya.

tapi......adakah itu tandanya bahawa kita kurang ajar dengan Tuhan setiap hari ketika berdoa?



"saya" dan "awak" bila diguna dalam percakapan harian terutama dengan kawan-kawan bunyinya agak formal 'kan?
"aku" dan "kau" bunyinya agak kasar,..tapi bukankah ungkapan ini yang membuatkan kita rasa rapat dan mesra..?

semua ini hanya pandangan diriku semata-mata.korang macam mana?
















'