Monday, April 19, 2010

saya nak jadi budak baik...

[entri ni ditulis sebab terkesan dengan kata-kata dalam novel VERSUS by Hlovate]
ok,mula-mula sekali...susahnya nak jadi budak baik...

bukannya senang nak buat perubahan dalam diri.lebih-lebih lagi benda tu dah sebati dalam hidup...dah jadi sebahagian daripada diri...

bukan senang nak tinggalkan benda yang kita suka...
bukan senang nak lepas benda yang kita sayang...
walaupun kadang-kadang bila difikir balik,benda tu adalah benda-benda bodoh...

orang lain mungkin boleh menilai dari sudut pandangan luar.apa yang diorang nampak,tulah penilaian yang diorang buat. dan aku juga tak terlepas daripada penilaian manusia-manusia di luar sana...

ada orang kata aku ni baik...korang percaya aku ni baik?
dan apa definisi korang untuk perkataan baik tu?
bagi aku, aku tak cukup baik...belum cukup baik untuk dianugerahkan dengan gelaran: saya budak baik...
belum cukup baik bila solat yang wajib aku pandang ringan.apatah lagi yang sunat..
belum cukup baik bila aku tak dapat melawan hawa nafsu yang sentiasa ada dalam diri...
belum cukup baik bila syaitan mula berpesta bersorak riang sebab aku kecundang...
belum cukup baik bila aku ada iman yang hanya senipis kulit bawang...dan aku tak dapat pertahankan keimanan tu dengan jayanya...
belum cukup baik lagi bila ajaran Quran yang hanya dibaca sekali-sekala tak dapat aku laksanakan sepenuhnya...
belum cukup baik bila ajaran sunnah aku ambil ringan,ambil mudah...
belum cukup baik bila aku tak dapat katakan TAK pada sesetengah benda yang jelas hukumnya haram...

saya nak jadi budak baik...

dulu,masa duduk kat asrama, bolehlah bangga bila ustaz buat qiamullail/solat sunat tahajud, aku antara orang yang join sekali...walaupun dipaksa,terpaksa dan paksa-rela... walaupun tak sedar dah rakaat ke-berapa,tetiba bagi salam...
sebabnya...bila balik rumah boleh cerita kat mama papa...
sebabnya jugak...bila orang tanya boleh jawab dengan penuh konfidennya... saya-budak-yang-bangun-untuk- solat-bersama-ustaz-semalam...
gaya macam Allah tak tau je apa yang diniatkan tu..kan?

tu cerita zaman dulu...zaman jahiliyah...
tapi sekarang...saya nak jadi budak baik...
bukan sekadar menjaga hubungan sesama manusia...tapi jugak hubungan dengan Yang Maha Esa...
betul lah kata orang, bila kita dah banyak buat dosa, nikmat ibadat yang sepatutnya kita rasa, kita tak dapat rasa...
kalau solat kita tak dapat cegah kita daripada terus melakukan dosa, bermakna solat kita tak sempurna...dan itu jugak bermakna solat aku tak sempurna...

jadi sekarang....saya nak jadi budak baik...dan saya akan usahakan ke arah tu...
harap-harap korang dapat doakan mudah-mudahan matlamat saya nak jadi budak baik tercapai...

"...bukan mudah untuk berubah
dari tanpa arah ke sejadah,
dari tepi jalanan ke sujud menghadap Tuhan..."

sorry sebab post kali ni agak emotional...but I wanna say for reading this post...


Friday, April 16, 2010

special for yana!!

[mula2 play dulu kejap,pas2 pause,tunggu sampai shadow dia sampai kt hujung baru play balik]alah~macam kita tengok kat youtube tu...^_-

(kalau nak lirik ni,just copy and paste) sorry for the bad quality^_^

Chiisa na pokke ni gyutto tsumateita

Kusa no nioi no takaramomotachi wa kakurembo

Hodoketa kutsuhimo musunde kureta kimi o nose

Manatsu no takasugiru kumo ni mukatte shouryokou

[FROM] LONELY DAYS WE CAN FLY

Mabuta no ura ni wa ano hi no bokura

[FROM] LONELY NIGHTS WE CAN FLY

Itsu demo nani ka ni kizutsuiteta ne

I'm just in loveI'm just in love

I'm just in love oh Singin' my life

Furuita arubamu hiraita boku wa

Wakakatta futari to ima ja toshi mo sou kawaranai

Shouwa to iu no jidai ni bokura o kakaete hashitta

Sonna anata no ikigai ga shimite nakitaku naru

[FROM] LONELY DAYS WE CAN FLY

Yutaka na hibi ni natsukashiku omou

[FROM] LONELY NIGHTS WE CAN FLY

OK! THANK YOU FOR YOUR LOVE

I'm just in love I'm just in love

I'm just in love oh Singin' my life

WE WILL ROCK YOU WORDS FROM HEAVEN! (6x)

Saturday, April 10, 2010

kanak kanak ribena

aduyaii....tak sangka dapat jumpa lagi ngan kanak kanak ribena SMKANI.excited giler.....
tapi, yang lucunya, masa berblog,berchit-chat banyak je benda yang nak cakap. tapi, bila dah jumpa, :aku sengih kat kau, kau sengih kat aku balik...
hah macam tu je...
bak kata wink2 busuk...
biasa la tu...kalau chit-chat boleh melalut....kalu cakap tak boleh melalut.
sedikit tapi banyak memang setuju.
macam bila jumpa ngan anum ,main cuit-cuit je...alahai...~
bila jumpa zahlia main sengih-sengih je...hmmm
bila jumpa ngan wink2 cakap,memang la cakap...tapi,malu-malu meow~
agaknya bila jumpa ngan yani cam mane ek?

baru nak bergambar ngan anum,ngan zahlia,ngan wink2,tapi tak dapat....ngan wink2 je sempat...
jadi tengoklah mana yang sempat diuploadkan k?..


bebudak nasyid....

kalau dulu,dengar bebudak ni nasyid,

melompat(dalam hati) gumbira...excited!

tapi sekarang macam pandang sebelah mata je...yelah masa duk asrama, ni jelah hiburan yang ada...tapi sekarang, macam-macam ada....tu yang rosak otak tu....(huhu ^_^)

dari kiri:budak cina sesat tersalah amik masa kat hospital aka yana,budak wangi,tokoh pelajar(wahh~),last but not least -budak busuk....T_T

well...busuk-busuk pun,adik saya telah bertanya;"kak ngah!kak ngah!sape yang pakai baju biru tu? yang pakai spek tu?

myself:oh~itu kak ada...nape?

acik:comeylah dia.....

eleh~suka lah tu.budak tu.orang puji dia comey...

:p

p/s:lain kali kalu kita jumpa,make sure ambil gambar. faham!!!(sambil menekan lappy dengan kuatnya...) takut tak? bekeng ni....

jangan terasa hati kalau ada yang terasa.ampun beribu-ribu kali maaf.kita kan boleh melalut masa nak berblogging...(sape setuju?!!)

selamat jadi tua..













post ini khas untuk achik@achot@comot.....
selamat hari lahir!!!Allah selamatkan kamu...Allah selamatkan kamu.....~

10 april...achot ekau dah tuo...

tok sah la buek perangai macam budak-budak laei dah

tak senonoh kata orang tuo-tuo...

tok sah lah duk gaduh ngan adik laei dah...

dak padan ngan umor ekau tu ha...

dah tuo bonar eden nampak...

muko dah berminyak...

sikit laei tumbuh lah "jururawat" kek atas muko tu ha...

cubolah jadi matang...tapi biar padan ngan umor la...

kawal sikit suara tu ha...

jangan jadi macam ketuo kadet nak bagi arahan...

tujuh pelaung eden dongar...

uuuiiiihhhh.....

tak senonoh..!

buek malu nanti...


blaja sungguh sungguh...

biar dapek 5A nanti...














Sunday, March 28, 2010

cerita hari sabtu

sebagaimana yang kita sedia maklum,(ceh,ayat bm format spm...) jom heboh telah berkampung di kota bharu sejak hari jumaat lagi. jadi...setelah kitaorang adik-beradik tengok iklan kat TV pasal ni, apalagi mulalah sesi pujuk-memujuk mama dan papa. kiranya iklan tu berjayalah merasuk fikiran kitaorang yang memang sudah dirasuk dengan pelbagai benda. awal-awal lagi mama dah pesan. kalau nak pergi sana, bangun awal-awal! (hah! nampak sangat bangun lambat..lepas subuh,tido balik..ish ish ish) memang excited giler nak pergi ni.walaupun pergi lewat daripada yang dirancang, tapi...memang teruja!!!
oleh kerana kitaorang memang jakun tahap melampau, mulalah excited nak jumpa artis.lebih-lebih lagi bila tengok kat TV pagi tu, ramai artis yang datang..! langkah je kaki keluar dari rumah, muka dah tersengih macam kerang busuk.
tapi, yang sedihnya.....

bila sampai je kat tapak jom heboh tu, punyalah ramai orang! berduyun-duyun...!!
orang ramai+kereta banyak= parking susah nak cari...
so, pusinglah satu KB semata-mata nak cari parking. yang sadisnya..langsung tak dapat parking...
jadi, apa yang korang boleh simpulkan?

yup!!kitaorang tak dapat pergi jom heboh tu...T_T. tulah papa. orang suruh beli helikopter, tak nak! kalau ada helikopter kan senang. tak payah susah-susah cari parking.(hoho jahat punya anak!)
adik-adik pulak,masing-masing dah buat muka seposen. yelah kan, apa yang diaorang rancang semua tak menjadi. my 'lil sis dah rancang kalau jumpa fizo, nak buat macam nilah, macam tulah..nak ambik gambar lah..macam-macam lah..(sajelah tu nak kasi kakak dia yang nombor dua yang cantik lagi lawa ni dengki :p)well...I minat fizo..hakhak

tak jadi pergi jom heboh, takkan nak terus balik kan? penat lelah bawak kereta...
so, kitaorang decided pergi KB mall. untung jugak.. sebabnya mama belikan baju baru.....!wah~

tak menyesal lah walaupun tak pergi jom heboh. bak kata pepatah, di bawah taik lembu yang kering, pasti ada rumput yang menghijau....
renung-renungkan lah...

Friday, March 26, 2010

tips yang korang suka

tips kuruskan badan!!

1. Tetapkan matlamat anda untuk mengurangkan berat badan secara perlahan-lahan. Iaitu penurunan dalam lingkungan 0.5kg ke 1kg dalam seminggu.
Biasanya 0.5kg adalah angka yang biasa yang mampu dicapai oleh kebanyakan anda. Tapi jangan terlalu memaksa jika anda tak mencapai sasaran awal. Jika anda dapat kurangkan 0.1kg pun dah bagus untuk
permulaan. hmmm..jangan tamak haloba
2. Sebaiknya, lupakan niat anda untuk mengambil sebarang ubat-ubatan dengan tujuan menurunkan berat badan. Lebih-lebih lagi tanpa mendapat nasihat atau kebenaran doktor plak tu. ini tak.apa yang ada kat pasaran,semua korang sumbat.pantang tengok iklan dalam TV.ish ish ish~
Bagi anda yang nak menjaga otot, boleh ambil suplemen seperti Glutamin setiap hari selepas sesi senaman. fuyoo!lepas ni gerenti korang semua akan jadi wonder woman,otot berketul-ketul..
3. Ambil makanan dan minuman yang rendah kalori dan mempunyai kandungan nutrien yang tinggi. Kurangkanlah sebanyak 500 kalori sehari untuk tujuan mengurangkan berat badan.
Kurangkan juga pengambilan makanan ataupun minuman yang manis (kandungan gula yang tinggi). Lebihkanlah memakan buah-buahan dan sayur-sayuran segar.
4. Elakkan memakan makanan ringan di antara waktu makan. Sebaliknya, anda boleh gantikan dengan sekeping biskut krim kraker dengan secawan kopi atau teh kurang manis (rendah lemak). Ataupun makan saja buah-buahan sebagai ganti.
5. Banyakkan minum air mineral dan jangan meminum minuman
beralkohol. pastikan sekurang-kurangnya anda menghabiskan satu gelen air sehari ^^
6. Tetapkan waktu makan anda setiap hari.
Kemudian, disiplinkan diri anda agar makan pada waktu yang ditetapkan. Jika dicepatkan atau dilambatkan sedikit pun tak mengapa. Ikut keadaan dan kesesuaian anda.
7. Makanlah di ruang makan dan bukannya di depan tv
. siapalah aku tanpa TV..jangan pisahkan kami!!
8. Biasakan diri menggunakan pinggan yang lebih kecil semasa makan. Tujuannya supaya anda tidak mengambil terlalu banyak atau menambah lauk pauk terutama yang berlemak atau berkalori tinggi. okey...yang ni,pastikan korang menggunakan piring alas cawan untuk makan ye..gerenti memanggg kecil :p
9. Penuhkan hari anda dengan melakukan aktiviti tertentu bagi mengelakkan daripada asyik teringatkan makanan. makanan adalah perkara utama yang berlegar-legar di di dalam otakku..all the time
10. Akhir sekali, pastikan anda mendapatkan rehat secukupnya. Contohnya waktu tidur. Tidurlah dalam 6 hingga 8 jam sehari.

tips seterusnya ni akan menggembirakan hati para ibu..
tahukah anda? sejam melakukan kerja rumah, ia boleh membakar kalori antara 200-1000kJ!!
jadi,lepas ni kalau mak suruh buat kerja-kerja rumah,jangan merungut!
buat je...niat dalam hati...nawaitu aku nak kurus..
pastikan masa buat kerja rumah tu..postur badan kena betul.jangan bongkok terutama sekali masa menyapu atau mengemop lantai.sekaligus korang akan dapat bentuk badan yang menawan gitu~
selamat mencuba~

p/s:walau apa sekali pun,syukurlah dengan apa yang kita ada...nak kurus hanya untuk kesihatan kita tak apa.tapi jangan nak kurus sebab ada niat tak baik...

Wednesday, March 24, 2010

saja suka-suka

which one do you LOVE most?