Thursday, October 15, 2009

selamat maju jaya!(",)



bubbye semua

pertama sekali nak ucapkan bebanyak terima kaseh kepada follower pertama.(huhu dah ada follower)kepada sesiapa yang menziarah blog ini,silalah tanpa segan silu jadi follower untuk blog ini.(*sheesh*)

exam dah tinggal sebulan lagi..takut..gementar..teruja..semua rasa dah bercampur dengan sebati.kata orang,cuuuuuukup rasa!tak lama lagi kena stay kat hostel.huhu,bubbye papa and mama,bubbye ayong,acik and adik.bubbye TV.bubbye...internet..bubbye everybody...(isk..isk..)
tak sanggup rasanya nak stay kat hostel lama-lama.namun,demi perjuanganku yang belum selesai,ku gagahi jua diri ini.(hidup 12 A++!!!)(hahahaha semangat tengah berkobar-kobar ni).*respect habislah kat cikgu-cikgu yang sanggup gadai masa dan tenaga demi kejayaan anak-anak didik*kitaorang dah nak start ikut jadual anjal kat sekolah.every friday and saturday we have extra classes.letih,sebu,penat,tapi.....excited,teruja,serunuk,dan.....macam-macam ada..(",)

sekarang diri ini hanya mampu berusaha,berdoa dan bertawakal hanya kepada Allah S.W.T .kepada teman-teman,sahabat-sahabat,diriku hanya mampu iringi kalian dengan doa yang ikhlas dari hati yang kudus.moga-moga kita semua memperolehi kejayaan yang terbilang bersama-sama keredhaan daripada Allah.amin..

Saturday, October 10, 2009

bahasa melambangkan bangsa

cacatan ini ditulis mengikut format kertas 1 dan 2 Bahasa Melayu SPM.:p
Cikgu cakap,bahasa melambangkan bangsa.cantiknya sesuatu bangsa terletak pada nilai bahasa yang digunakan oleh mereka.bahasa yang tak elok,menampakkan ketidaksenonohan sesuatu bangsa.samalah macam kita mengeja.kalau eja guna shortform(maafkan saya)singkatan pun tak boleh.sebabnya hanya kita sahaja yang tahu perkataan apa yang disingkatkan.
jadi,oleh kerana diri ini seorang anak didik yang mendengar kata,catatan pada kali ini langsung tidak menggunakan apa-apa jenis singkatan.kepada sesiapa yang membaca,anda dinasihatkan untuk menggunakan bahasa baku.ingat!bahasa melambangkan bangsa(",)

p/s;susah payah diriku ini memerah otak untuk menghasilkan cacatan yang sebegini agar tidak dilabel sebagai bangsa yang tidak senonoh.diingatkan sekali lagi:guna bahasa baku.(",)

(ada yang mengeja satu-satu ni karang.guna bahasa bakulah katakan..):p

Friday, October 9, 2009

aku,kau dan Tuhan

jika panggilan diri diganti dengan "aku" dan "kau" kita akan dilabel sebagai kurang ajar,tidak sopan,biadap dan kata-kata yang seumpama dengannya.

tapi......adakah itu tandanya bahawa kita kurang ajar dengan Tuhan setiap hari ketika berdoa?



"saya" dan "awak" bila diguna dalam percakapan harian terutama dengan kawan-kawan bunyinya agak formal 'kan?
"aku" dan "kau" bunyinya agak kasar,..tapi bukankah ungkapan ini yang membuatkan kita rasa rapat dan mesra..?

semua ini hanya pandangan diriku semata-mata.korang macam mana?
















'