Friday, November 26, 2010

step to a new world

first of all....
this is my first time writing blog in english.thanks to madam oh-i have the encourage to start typing in english..(",)
but then...i don't have any interesting story to share with you guys..and..i'm not comfortable to write anything now since i feel like everybody is staring at me..
( well.i'm in the kmns's cyber cafe)


..since this is my new world (blogging in english) i'm sure there's many things that i need to improve..
last but not least...welcome to my new world of blogging



Sunday, May 2, 2010

gonna miss you guys

hmmm~
tak lama lagi dah nak masuk fasa baru dalam hidup.insya-Allah lepas ni sambung belajar kat matrik kuala pilah,negeri sembilan...
[bila dapat surat tawaran tu,fulamak!punyalah besar gedabak sampul surat!]

tak caya lah pulak dah sampai masa kita semua kena buat keputusan untuk tentukan masa depan masing-masing.rasa macam baru semalam je mama tolong bedakkan muka...
rasa macam baru semalam je tengok bebudak 5 sina begelak ketawa riang ria hari raya...entah bila kita dapat jumpa lagi kan?kan? (eh,nanti buat reunion jangan lupa ajak I sekali tau :p)
yeah~sesungguhnya saya mengaku: saya akan rindukan korang semua!!!    
naa..nanti kat sana mesti susah nak cari kawan....tau-tau ajelah lah kan kawan korang ni macam mana.I was not born naturally mesra alam...tapi Ayong dah pesan nanti kalau sampai kat sana tegur room-mate dulu.senang je..
mula-mula  then say HI!.oooo....key....kalau betul jadi macam ni,gerenti sengihan tu tak berapa real..(kena berlatih mulai sekarang!-huh?tetiba..)
papa mama dah belikan barang keperluan untuk angah kesayangan diorang ni..^_^ maunya habis beratus jugaklah...(rasa bersalah tiba-tiba datang..)

cuak jugak sebenarnya sebab hari tu ada jumpa dengan ustaz Azmi-our PK HEM..dia kata kalau nak pergi matrik kat kuala pilah mesti bawak bekalan air satu/dua gelen sebab kat sana bekalan air kurang...
sheesh...tak habis-habis dengan masalah air.alah~ orang kata apa...alah bisa tegal biasa? hehe sama macam duduk kat asrama lah macam ni..kiranya bila duduk kat asrama automatik belajar macam mana nak survive :p (mama pun dah belikan baldi punyalah gedabak besar..untuk isi bekalan air katanya..oh~mamaku^_^)

sebab nanti mungkin lama tak update blog ni,jadi hari ni nak membebel panjang.kalau bosan...skip this page!(kalu berani,buatlah!!)muahahaha-
  masa form 3 dolu-dolu yani,lydia, farehah n bebudak form 2 zaman tu yang berhingus lagi jadi my room-mates. serunuk yang amat jugak masa tu...kalau yani ingat lagi...masa tu tengah zaman bebudak buat kumpul lirik lagu dalam buku log...so,kitaorang :yani and I melalak tak ingat dunia.habis satu buku jugaklah malam tu...(time kaseh kepada yani yang sudi menadah telinga untuk dengar suara yang sumbang ni..time kaseh juga kepada yani sebab sudi menyumbangkan suara beliau yang lebih kurang sama sumbangnya itu...jangan marah lorh..main-main je..^_^)
tahun tu jugak dapat pengalaman baru dengan lydia : kitaorang dengar suara orang ketawa tetengah malam buta tetiba senyap tanpa dengar orang lalu lalang kat tepi asrama (faham?!)-dah reti dah macam mana nak describe benda tu...malam tu kitaorang tidur berdua jugaklah...just temankan lydia yang masa tu macam tersedar kejadian yang berlaku masa tu adalah 'sesuatu'...ngeee...(penekanan diberikan disitu...temankan lydia..bukan diteman oleh lydia...harap faham maksud yang tersirat,yea adik-adik)

masa form 5 dapat masuk asrama bila exam just around the corner.menggelabah lah jugak masa tu..mana nak studi lagi,nak kemas barang-barang lagi..
lagi haru bila ustazah keluarkan arahan mandatori suruh bebudak form 5 turun aras bawah...
masa tu..sekali dengan si budak busuk-wink2,hindun,yana & pear...angkutlah barang-barang turun bawah aras dua walaupun hati dah memberontak gila muncung dah sedepa tak nak turun bawah...
nak dijadikan cerita lepas syok-syok kemas barang dapat berita bebudak form 5 kena duduk aras satu...
ngee..ternganga dibuatnya.kalau alien turun pun masa tu dah tak peduli dah.rasa macam mesin basuh jatuh atas kepala...kena turun lagi? barang dah kemas dah...tinggal nak pasang bedsheet je lagi...haru sungguh.
pemberontakan berlaku sekali lagi...terguling-guling jugak lah kalau tak silap...geram yang amat!
tapi si budak busuk-wink2(hai nampaknya lekat lah nickname tu yea cik wink2 :p) cool steady je...dalam hati sapa tau beb..!!hakhak boleh pulak beliau dengan si yana buat pakatan angkut semua barang-barang kitaorang turun bawah.sebagai balasan -gosokkan baju sekolah beliau ( je..) baik hati jugak budak ni ek?^_^
nasib baik jugaklah turun bawah sebab sis dalam bilik aras dua tu...sungguh lah tidak menghormati kami adik-adik yang cun ni....(should I say sorry?)

duduk sebilik dengan bebudak berempat ni bukan boleh dibuat main..ada je modal nak bagi orang ketawa..nasib baik tak ada penyakit lemah pundi kencing..kalau tak haru je nanti lantai basah sebab terlalu banyak ketawa..hindun pun sama dalam diam dah masuk persatuan orang-orang lawak sedunia...punyalah senyap..tapi bila masuk mood gila-gila remaja nak terguling pun ada jugak dengar lawak spontan yang tetiba...sampai ada lah satu malam tu..cik wink2 tidur lepas tu terjaga..then dia kata..
"kuat betul cik wangi ni ketawa." yelah kan sampai dengar kat katil beliau yang jauh mengalahkan orang lari marathon (sungguh hiperbola..tak lah jauh sangat jauhnya...saja nak gempak..) kalau dah cik wink2 kata cenggitu,apatah lagi room-mates yang lain..cuma diorang tak bersuara je.
sorry korang...nak buat macam mana dapat room-mate yang kuat-ketawa-susah-nak-berhenti macam ni...  

kejadian yang tak boleh lupa ....
bila pintu dorm tercabut (or tertanggal or..should I say dicabutkan,ditanggalkan.dipahtahkan?apaperjelah..)
tau-tau jelah kan pintu dorm kitaorang tu macam mana..susah nak bukak ngalahkan pintu peti besi..
masa tu masing-masing tengah stress yang amat,jadi bila cik Aliah Fatin Irwani(skema..?huhu) nak bukak pintu,stress yang dah sedia ada makin bertambah...
disebabkan cik wangi di sini baik hati..(jangan buat muka cik bloggers yang membaca sekalian..:) )maka tolonglah cik aliah bukak pintu..dengan kekuatan yang ada lepas baham biskut tiger pintu ditarik dengan sekuat hati...alih-alih...tercabut?
menggelabah beb...cik noreen,cik lydia dah sakan gelakkan cik wangi yang tengah gelabah ni..haru punya kawan...cik wink2 pun sama!
sekali lagi dikejutkan dengan betapa baiknya para room-mate kali ni..diorang tolong carikan langsir untuk tutup pintu yang dah terkopak tu supaya nanti bila pak cik lalu diorang tak nampak kitaorang  bebudak cun ni tengah buat aksi lagak ngeri ke apa...
soalan kepada pak cik: kenapa bila pak cik lalu depan dorm kitaorang,pak cik palingkan muka ke arah dorm kitaorang?apa yang pak cik nak tengok?(gatal!!!...ermm...should I say sorry once again?) 

okey enough about cerita-mengimbau-kenangan-masa-lalu.. tau korang dah buh-san kan?kan?
untuk korang yang sudi berkawan walaupun kekadang diri ini terlalu membosankan-terima kasih
untuk korang yang sudi bercakap berbual bersenda walaupun kekadang bila aku cakap korang tak paham langsung-time kaseh
untuk korang yang sudi harungi suka duka together-gether-trimas kashih

  










Monday, April 19, 2010

saya nak jadi budak baik...

[entri ni ditulis sebab terkesan dengan kata-kata dalam novel VERSUS by Hlovate]
ok,mula-mula sekali...susahnya nak jadi budak baik...

bukannya senang nak buat perubahan dalam diri.lebih-lebih lagi benda tu dah sebati dalam hidup...dah jadi sebahagian daripada diri...

bukan senang nak tinggalkan benda yang kita suka...
bukan senang nak lepas benda yang kita sayang...
walaupun kadang-kadang bila difikir balik,benda tu adalah benda-benda bodoh...

orang lain mungkin boleh menilai dari sudut pandangan luar.apa yang diorang nampak,tulah penilaian yang diorang buat. dan aku juga tak terlepas daripada penilaian manusia-manusia di luar sana...

ada orang kata aku ni baik...korang percaya aku ni baik?
dan apa definisi korang untuk perkataan baik tu?
bagi aku, aku tak cukup baik...belum cukup baik untuk dianugerahkan dengan gelaran: saya budak baik...
belum cukup baik bila solat yang wajib aku pandang ringan.apatah lagi yang sunat..
belum cukup baik bila aku tak dapat melawan hawa nafsu yang sentiasa ada dalam diri...
belum cukup baik bila syaitan mula berpesta bersorak riang sebab aku kecundang...
belum cukup baik bila aku ada iman yang hanya senipis kulit bawang...dan aku tak dapat pertahankan keimanan tu dengan jayanya...
belum cukup baik lagi bila ajaran Quran yang hanya dibaca sekali-sekala tak dapat aku laksanakan sepenuhnya...
belum cukup baik bila ajaran sunnah aku ambil ringan,ambil mudah...
belum cukup baik bila aku tak dapat katakan TAK pada sesetengah benda yang jelas hukumnya haram...

saya nak jadi budak baik...

dulu,masa duduk kat asrama, bolehlah bangga bila ustaz buat qiamullail/solat sunat tahajud, aku antara orang yang join sekali...walaupun dipaksa,terpaksa dan paksa-rela... walaupun tak sedar dah rakaat ke-berapa,tetiba bagi salam...
sebabnya...bila balik rumah boleh cerita kat mama papa...
sebabnya jugak...bila orang tanya boleh jawab dengan penuh konfidennya... saya-budak-yang-bangun-untuk- solat-bersama-ustaz-semalam...
gaya macam Allah tak tau je apa yang diniatkan tu..kan?

tu cerita zaman dulu...zaman jahiliyah...
tapi sekarang...saya nak jadi budak baik...
bukan sekadar menjaga hubungan sesama manusia...tapi jugak hubungan dengan Yang Maha Esa...
betul lah kata orang, bila kita dah banyak buat dosa, nikmat ibadat yang sepatutnya kita rasa, kita tak dapat rasa...
kalau solat kita tak dapat cegah kita daripada terus melakukan dosa, bermakna solat kita tak sempurna...dan itu jugak bermakna solat aku tak sempurna...

jadi sekarang....saya nak jadi budak baik...dan saya akan usahakan ke arah tu...
harap-harap korang dapat doakan mudah-mudahan matlamat saya nak jadi budak baik tercapai...

"...bukan mudah untuk berubah
dari tanpa arah ke sejadah,
dari tepi jalanan ke sujud menghadap Tuhan..."

sorry sebab post kali ni agak emotional...but I wanna say for reading this post...


Friday, April 16, 2010

special for yana!!

video

[mula2 play dulu kejap,pas2 pause,tunggu sampai shadow dia sampai kt hujung baru play balik]alah~macam kita tengok kat youtube tu...^_-

(kalau nak lirik ni,just copy and paste) sorry for the bad quality^_^

Chiisa na pokke ni gyutto tsumateita

Kusa no nioi no takaramomotachi wa kakurembo

Hodoketa kutsuhimo musunde kureta kimi o nose

Manatsu no takasugiru kumo ni mukatte shouryokou

[FROM] LONELY DAYS WE CAN FLY

Mabuta no ura ni wa ano hi no bokura

[FROM] LONELY NIGHTS WE CAN FLY

Itsu demo nani ka ni kizutsuiteta ne

I'm just in loveI'm just in love

I'm just in love oh Singin' my life

Furuita arubamu hiraita boku wa

Wakakatta futari to ima ja toshi mo sou kawaranai

Shouwa to iu no jidai ni bokura o kakaete hashitta

Sonna anata no ikigai ga shimite nakitaku naru

[FROM] LONELY DAYS WE CAN FLY

Yutaka na hibi ni natsukashiku omou

[FROM] LONELY NIGHTS WE CAN FLY

OK! THANK YOU FOR YOUR LOVE

I'm just in love I'm just in love

I'm just in love oh Singin' my life

WE WILL ROCK YOU WORDS FROM HEAVEN! (6x)

Saturday, April 10, 2010

kanak kanak ribena

aduyaii....tak sangka dapat jumpa lagi ngan kanak kanak ribena SMKANI.excited giler.....
tapi, yang lucunya, masa berblog,berchit-chat banyak je benda yang nak cakap. tapi, bila dah jumpa, :aku sengih kat kau, kau sengih kat aku balik...
hah macam tu je...
bak kata wink2 busuk...
biasa la tu...kalau chit-chat boleh melalut....kalu cakap tak boleh melalut.
sedikit tapi banyak memang setuju.
macam bila jumpa ngan anum ,main cuit-cuit je...alahai...~
bila jumpa zahlia main sengih-sengih je...hmmm
bila jumpa ngan wink2 cakap,memang la cakap...tapi,malu-malu meow~
agaknya bila jumpa ngan yani cam mane ek?

baru nak bergambar ngan anum,ngan zahlia,ngan wink2,tapi tak dapat....ngan wink2 je sempat...
jadi tengoklah mana yang sempat diuploadkan k?..


bebudak nasyid....

kalau dulu,dengar bebudak ni nasyid,

melompat(dalam hati) gumbira...excited!

tapi sekarang macam pandang sebelah mata je...yelah masa duk asrama, ni jelah hiburan yang ada...tapi sekarang, macam-macam ada....tu yang rosak otak tu....(huhu ^_^)

dari kiri:budak cina sesat tersalah amik masa kat hospital aka yana,budak wangi,tokoh pelajar(wahh~),last but not least -budak busuk....T_T

well...busuk-busuk pun,adik saya telah bertanya;"kak ngah!kak ngah!sape yang pakai baju biru tu? yang pakai spek tu?

myself:oh~itu kak ada...nape?

acik:comeylah dia.....

eleh~suka lah tu.budak tu.orang puji dia comey...

:p

p/s:lain kali kalu kita jumpa,make sure ambil gambar. faham!!!(sambil menekan lappy dengan kuatnya...) takut tak? bekeng ni....

jangan terasa hati kalau ada yang terasa.ampun beribu-ribu kali maaf.kita kan boleh melalut masa nak berblogging...(sape setuju?!!)

selamat jadi tua..













post ini khas untuk achik@achot@comot.....
selamat hari lahir!!!Allah selamatkan kamu...Allah selamatkan kamu.....~

10 april...achot ekau dah tuo...

tok sah la buek perangai macam budak-budak laei dah

tak senonoh kata orang tuo-tuo...

tok sah lah duk gaduh ngan adik laei dah...

dak padan ngan umor ekau tu ha...

dah tuo bonar eden nampak...

muko dah berminyak...

sikit laei tumbuh lah "jururawat" kek atas muko tu ha...

cubolah jadi matang...tapi biar padan ngan umor la...

kawal sikit suara tu ha...

jangan jadi macam ketuo kadet nak bagi arahan...

tujuh pelaung eden dongar...

uuuiiiihhhh.....

tak senonoh..!

buek malu nanti...


blaja sungguh sungguh...

biar dapek 5A nanti...














Sunday, March 28, 2010

cerita hari sabtu

sebagaimana yang kita sedia maklum,(ceh,ayat bm format spm...) jom heboh telah berkampung di kota bharu sejak hari jumaat lagi. jadi...setelah kitaorang adik-beradik tengok iklan kat TV pasal ni, apalagi mulalah sesi pujuk-memujuk mama dan papa. kiranya iklan tu berjayalah merasuk fikiran kitaorang yang memang sudah dirasuk dengan pelbagai benda. awal-awal lagi mama dah pesan. kalau nak pergi sana, bangun awal-awal! (hah! nampak sangat bangun lambat..lepas subuh,tido balik..ish ish ish) memang excited giler nak pergi ni.walaupun pergi lewat daripada yang dirancang, tapi...memang teruja!!!
oleh kerana kitaorang memang jakun tahap melampau, mulalah excited nak jumpa artis.lebih-lebih lagi bila tengok kat TV pagi tu, ramai artis yang datang..! langkah je kaki keluar dari rumah, muka dah tersengih macam kerang busuk.
tapi, yang sedihnya.....

bila sampai je kat tapak jom heboh tu, punyalah ramai orang! berduyun-duyun...!!
orang ramai+kereta banyak= parking susah nak cari...
so, pusinglah satu KB semata-mata nak cari parking. yang sadisnya..langsung tak dapat parking...
jadi, apa yang korang boleh simpulkan?

yup!!kitaorang tak dapat pergi jom heboh tu...T_T. tulah papa. orang suruh beli helikopter, tak nak! kalau ada helikopter kan senang. tak payah susah-susah cari parking.(hoho jahat punya anak!)
adik-adik pulak,masing-masing dah buat muka seposen. yelah kan, apa yang diaorang rancang semua tak menjadi. my 'lil sis dah rancang kalau jumpa fizo, nak buat macam nilah, macam tulah..nak ambik gambar lah..macam-macam lah..(sajelah tu nak kasi kakak dia yang nombor dua yang cantik lagi lawa ni dengki :p)well...I minat fizo..hakhak

tak jadi pergi jom heboh, takkan nak terus balik kan? penat lelah bawak kereta...
so, kitaorang decided pergi KB mall. untung jugak.. sebabnya mama belikan baju baru.....!wah~

tak menyesal lah walaupun tak pergi jom heboh. bak kata pepatah, di bawah taik lembu yang kering, pasti ada rumput yang menghijau....
renung-renungkan lah...

Friday, March 26, 2010

tips yang korang suka

tips kuruskan badan!!

1. Tetapkan matlamat anda untuk mengurangkan berat badan secara perlahan-lahan. Iaitu penurunan dalam lingkungan 0.5kg ke 1kg dalam seminggu.
Biasanya 0.5kg adalah angka yang biasa yang mampu dicapai oleh kebanyakan anda. Tapi jangan terlalu memaksa jika anda tak mencapai sasaran awal. Jika anda dapat kurangkan 0.1kg pun dah bagus untuk
permulaan. hmmm..jangan tamak haloba
2. Sebaiknya, lupakan niat anda untuk mengambil sebarang ubat-ubatan dengan tujuan menurunkan berat badan. Lebih-lebih lagi tanpa mendapat nasihat atau kebenaran doktor plak tu. ini tak.apa yang ada kat pasaran,semua korang sumbat.pantang tengok iklan dalam TV.ish ish ish~
Bagi anda yang nak menjaga otot, boleh ambil suplemen seperti Glutamin setiap hari selepas sesi senaman. fuyoo!lepas ni gerenti korang semua akan jadi wonder woman,otot berketul-ketul..
3. Ambil makanan dan minuman yang rendah kalori dan mempunyai kandungan nutrien yang tinggi. Kurangkanlah sebanyak 500 kalori sehari untuk tujuan mengurangkan berat badan.
Kurangkan juga pengambilan makanan ataupun minuman yang manis (kandungan gula yang tinggi). Lebihkanlah memakan buah-buahan dan sayur-sayuran segar.
4. Elakkan memakan makanan ringan di antara waktu makan. Sebaliknya, anda boleh gantikan dengan sekeping biskut krim kraker dengan secawan kopi atau teh kurang manis (rendah lemak). Ataupun makan saja buah-buahan sebagai ganti.
5. Banyakkan minum air mineral dan jangan meminum minuman
beralkohol. pastikan sekurang-kurangnya anda menghabiskan satu gelen air sehari ^^
6. Tetapkan waktu makan anda setiap hari.
Kemudian, disiplinkan diri anda agar makan pada waktu yang ditetapkan. Jika dicepatkan atau dilambatkan sedikit pun tak mengapa. Ikut keadaan dan kesesuaian anda.
7. Makanlah di ruang makan dan bukannya di depan tv
. siapalah aku tanpa TV..jangan pisahkan kami!!
8. Biasakan diri menggunakan pinggan yang lebih kecil semasa makan. Tujuannya supaya anda tidak mengambil terlalu banyak atau menambah lauk pauk terutama yang berlemak atau berkalori tinggi. okey...yang ni,pastikan korang menggunakan piring alas cawan untuk makan ye..gerenti memanggg kecil :p
9. Penuhkan hari anda dengan melakukan aktiviti tertentu bagi mengelakkan daripada asyik teringatkan makanan. makanan adalah perkara utama yang berlegar-legar di di dalam otakku..all the time
10. Akhir sekali, pastikan anda mendapatkan rehat secukupnya. Contohnya waktu tidur. Tidurlah dalam 6 hingga 8 jam sehari.

tips seterusnya ni akan menggembirakan hati para ibu..
tahukah anda? sejam melakukan kerja rumah, ia boleh membakar kalori antara 200-1000kJ!!
jadi,lepas ni kalau mak suruh buat kerja-kerja rumah,jangan merungut!
buat je...niat dalam hati...nawaitu aku nak kurus..
pastikan masa buat kerja rumah tu..postur badan kena betul.jangan bongkok terutama sekali masa menyapu atau mengemop lantai.sekaligus korang akan dapat bentuk badan yang menawan gitu~
selamat mencuba~

p/s:walau apa sekali pun,syukurlah dengan apa yang kita ada...nak kurus hanya untuk kesihatan kita tak apa.tapi jangan nak kurus sebab ada niat tak baik...

Wednesday, March 24, 2010

saja suka-suka

which one do you LOVE most?


Tuesday, March 23, 2010

lucu,tapi...

cuba korang baca dan fikir....cerita ni aku jumpa dalam buku Reader's Digest.(bagusnya kau dilah...rajin baca buku..:p)



coming out of the supermarket the other day,I saw a scary sight.As a woman loaded groceries into her trunk,her shopping cart began to roll away.The scary part? It was heading for my car!

She ran after it,but was too late-the cart slammed into my driver's side door.

"How bad is the damage?" I called out,running towards her.

"Bad," she said,gathering her groceries."I broke at least a dozen eggs."



tuan punya kereta maksudkan dengan kerosakan pada kereta dia.tapi 'the woman' tu pulak cakap pasal telur dia yang dah sedozen pecah..

cerita ni lucu lah jugak sebenarnya.(walaupun aku tak ketawa masa baca...or is it too funny that I just forgot to laugh? -hah~ayat novel..huhu)

so...apa yang tapinya?

masing-masing pentingkan diri sendiri...! sorang risaukan kereta dia,sorang lagi risaukan groceries dia..

memang benda macam ni berlaku dalam kehidupan seharian kita. sampaikan ada yang saman-menyaman. padahal benda yang terjadi kecik je bagai anak kuman yang kurus yang terkena penyakit.kuman terkena penyakit? bukan 'dorang' ke yang bawa penyakit? T_T tak pasal-pasal mahkamah jadi popular. dengan hakim-hakim sekali naik nama..

kan ke baik kalau kita saling bermaaf-maafan sesama kita. tak payah saman-menyaman. buat habis duit, tenaga dan macam-macam lagi.

teringat satu kata-kata yang pernah didengar atau dibaca

kalau semua orang boleh ketawa dan membuatkan orang lain ketawa bersama, takkan ada peperangan dalam dunia ni..

jadi, jangan lupa untuk ketawa...tapi berpada-pada..

Saturday, March 20, 2010

sabar aje la...

rasa nak nangis, rasa nak meraung-raung...kenapa semua ni terjadi pada diriku yang tak seberapa ni? kenapa? kenapa? (asal ko dilah? nak nangis, meraung bagai?) mungkin bagi korang benda ni kecik. tapi bagi aku tak!!!
setelah sekian lama menanam 'pohon chenta' yang hampir-hampir mengeluarkan bebunga kenapa orang lain sanggup merampas kau dari aku? oh~ dunia! lihatlah~~~
alkisahnya~
baru-baru ni, sepupu-sepupu datang bertandang ke rumah. so, kitaorang pun tukar-tukar lagu korea yang kitaorang ada..macam ko copy yang aku, aku copy yang ko..gitulah..
tapi,...waaaaaa~
diaorang copy sume gambar kim bum!! "gambar peribadi" yang dikumpul sejak sekian lama.. mulanya memang dah redha. ambiklah..kalau nak pun.sedaya mungkin buat-buat tak kisah.tapi, bila dah malam, nak tido, tetiba teringat..(sob~sob~)


pesanan untuk dorang: kak dhiha! nisya! kalau boleh delete lah gambar-gambar tu...
tapi kalau tak nak delete jugak, jangan bagi didie nampak yang korang masih ada gambar-gambar tu..kalau nak guna those pictures dalam your blog atau apeper je..please.. I beg you, sambil melutut depan komputer..don't use the pix..k?
benda ni amat mengganggu emosi didie, sampaikan nak bukak blog nisya pun tak bleh..
harap korang faham.... (bunyi macam kejam kan bila aku suruh dorang delete gambar-gambar tu?) kalau kak dhiha ngan nisya ada baca post ni, bila kita jumpa nanti, buat-buat tak tahu..faham?!! (kenapa? malu beb!! pasal gambar kim bum sampai nak nangis..hehe)

meh pakat tengok

mari cik adik,mari cik kak!! duk rapat-rapat... jom kita tengok citer..
MASTER OF STUDY
di KBS WORLD setiap hari isnin dan selasa, pukul 9.00 malam.
tapi, kalau korang dalam dilema atau adik-beradik buat-buat muka kesian dan muka ala-ala nak nangis sebab suruh korang tukar channel TV3 pada hari selasa sebab nak tengok citer hotel mania, jangan runsing, jangan bimbang, master of study ada ulangan pada hari AHAD dua episod sekali gus, pukul 8.50 pagi
pada hari ini bergembiralah anda kerna adik-adik sudah pigi sekolah maaa...(ngadap la korang depan tv sambil tangan bergerak lipat kain.)
percayalah! segala yang disebut diatas hanyalah berdasarkan pengalaman.







macam kata moona, citer ni memang bagus. bukan untuk bebudak sekolah je, tapi untuk kita-kita yang bakal menyambungkan pelajaran tak lama lagi..
so....selamat menonton!!

Saturday, March 13, 2010

congratulations

TAHNIAH!! CONGRATULATIONS! MABRUK 'ALAIKUM!! kepada semua calon SPM 2009 SMKA NURUL ITTIFAQ. korang memang gempak!!

fuh~ memang berdebar-debarlah masa nak ambik result hari tu. makin dibaca doa untuk tenangkan hati, makin berdebar rasanya. mulanya lepas dapat result, tak nak bukak lagi. kononnya nak buka masa dalam perjalanan balik rumahlah. tapi, setelah didesak dengan cara paling baik oleh member-member ditambah pulak dengan muka diaorang yang penuh dengan perasaan ingin tahu + muka kesian, so aku bukalah result tu..( korang memang jahat. saje je nak buat aku serba salah. kan? kan?) apeapepun.. Alhamdulillah. syukur ke hadrat Allah kerana telah mengurniakan satu lagi nikmat untuk aku rasai..nikmat kejayaan.

special for yani, anum, tiqah, tihah, dan semua ex-classmates 5 ibnu sina..


congratulations! well done!
your brilliant days have begun
you are on the road to success
you are on the way to progress


your efforts have been crowned
success you have now found
to you I say " well done!"
you are second to none

you're really on the rise
not once,but more than twice
you deserve to go very high
for you, the limit is the sky


p/s: harap kita akan jumpa lagi. kenang daku dalam doamu ( cheewah~ ayat paling klasik pernah aku guna. huhu )

Friday, February 26, 2010

orang besi buruk

pertama-tamanya ucapan tahniah atas kejayaan SMKANI dapat pencapaian 100% dalam STPM.
hip hip hoorayyy!!( kalau korang tak caya, disarankan pergi belek papers sekarang jugak! )

hari tu kan,oh~ rasa terharu yang amat.alkisahnya..bila duk rumah sesorang mestilah kurang berani sikit kan? bukan takut. tapi kurang berani. ( masih tak nak ngaku ) :p pastu bila dah rasa gitu mestilah luahkan apa yang kita rasa kat someone supaya kurang sikit rasa yang terbeban tu kan? so~kita pun citer la kat sis ayong pasal kejadian orang datang tanya-minta besi buruk. yup! besi buruk. boleh bayang tak bila kita duk sesorang kat rumah,pastu ada orang datang sampai masuk dalam pagar pastu dia ngendap-ngendap dalam rumah,pastu dia kata..

" kak! ada besi buruk? "

( what the...?!!) kalau sekali tak pelah. kali kedua orang lain yang datang.tapi tak adalah sampai masuk dalam pagar.tapi yang ni lagi takut. 1st dengar orang bagi salam. disebabkan sikap yang menghormati dan tak nak kecikkan hati orang lain,so pergilah jenguk disebalik tingkap yang tak berapa luas keterbukaannya( like i said before, i kan kurang berani. ) mulalah sesi dialog antara kami..

" kak! ada besi buruk? "
"tak de! tak de! " ( dalam hati, siap tambah, pergi main jauh-jauh )
dia pulak kata..
" takkan tak de kak. yang lebih-lebih sikit ke.."

amboi banyak cantik muka aku dan buruk benor muka kau. ingat rumah ni kilang buat besi ke..?!! ( ni dalam hati lah.takkan nak cakap depan-depan kang tak pasal-pasal makan tengah hari berlaukkan tapak kasut disaluti coklat..ahaks )

lepas sesi pujuk-memujuk sampai aku naik menyampah, orang tu pun blah macam tu je. dalam hati rasa syukur yang amat sangat. then, bila papa mama balik kerja citer lah kat diorang pasal mamat datang minta besi buruk tu. papa tanya dia naik apa?
cakaplah.yang 1st day yang datang naik lori. 2nd day datang jalan kaki..?!!
baru aku tersedar,orang datang mintak besi buruk jalan kaki? papa pun cakap, mana ada orang datang mintak besi jalan kaki..diorang biasa naik lorilah..
habis,yang datang hari tu sape?!! ( jeng! jeng!jeng! ) masa nilah perasaan kurang berani terus membuak-buak sampaikan terus jadi tak berani langsung.

so~apa yang terharunya? ha ni,nak bagitau lah ni..
lepas citer kat ayong pasal ni, ( sampai nangis-nangis sebab dah tak berani langsung ) pagi esoknya ayong pun citer kat papa mama .-angah takutlah, angah sampai nangis lah.. dan macam-macam lagi..-
hari tu sebenarnya dah prepare mental fizikal untuk hadapi sebarang kemungkinan. tetiba dikejukan oleh panggilan telefon dari mama. mama cakap mama cuti. nampak tak, kasihnya seorang ibu.sampai sanggup ambik cuti sebab nak temankan anaknya yang hilang keberanian duk rumah sesorang.esoknya, papa pulak tak pergi kerja. see? pengorbanan..

kesimpulannya.. bila mama mintak buat kerja rumah, mesti terus buat tanpa bantahan. faham? ( ada kena-mengena..? ) 2nd..bila ada orang bagi salam,jawab dalam hati je. tak payah pergi jenguk apatah lagi bukak pintu,pagar sebelum yakin orang yang datang betul-betul dikenali. ( ni pesan mama )
3rd, mestilah jaga penampilan agar tidak kelihatan tua sebelum masanya. ( ni sebab kedua-dua orang tersebut memanggilku kakak! ) (T_t)"

walaupun kita boleh aje nak minta tolong jiran yang duk tak sampai sepelaung kat sebelah rumah, tapi apalah sangat,kalau kita sendiri tak ambil langkah berjaga-jaga. tambahan pulak, jiran sebelah rumah ni pun 8X8 sama macam yang sedang menulis ni. tak berapa berani duk sesorang lepas anak-anaknya keluar ke sekolah. jadi, kepada anda, berhatilah-hatilah dengan orang besi buruk...

Thursday, February 18, 2010

farah deodorant

OH. MY. GOD. macam tak caya bila dapat SMS dari farah.kawan yang jadi kawan oleh insiden yang menggelikan ulu hati. secara ringkasnya macam nilah..

sms 1:ni dilah ke? (ayat ni disertakan sekali dengan permintaan kredit rm1 dari beliau yang berkenaan)
~so..just buat tak tau sebab tuan punya phone sudah agak lama tak memtop-upkan phone beliau.konklusinya,sms ini diabaikan ~dalam hati hampir-hampir ingin mengeluarkan kata-kata jahat. (ya,hampir-hampir.belum keluar lagi- semoga Allah ampunkan diriku -) sebabnya nombor datang entah dari mana tetiba mintak top-up? (ahaks~ nampak sangat kedekut :p) tapi sejujurnya,hati masih tertanya siapakah gerangan yang yang menghantar sms ni?adakah beliau temanku?adakah aku mengenalinya? adakah? adakah? dan.....adakah? -yuhuu..terlebih sudah-

sms 2:(kali ni tanpa permintaan kredit) ni dilah ek? dilah, ni farah lah. (farah?!!?)~ tetiba mataku terbuntang oleh ayat...~ farah deodorant!
WHAT!!?? hakhakhakhuhuhaha~~~

yeah~ mana boleh lupa nickname ni.and I'm sure moona pun tak lupa kan? am I right?
(oh..memori silam kembali lagi..):D

Wednesday, February 17, 2010

jantung berdegup kencang bila...

..bila aku mendapat perkhabaran bahawasanya kim sang bum akan masuk meminang!ahaks..!(cit~lagi mau berangan :p)





yang sebenarnya......

jantung berdegup kencang bila...
..aku mendapat perkhabaran yang result spm akan keluar tak lama lagi!waaaaa...tak nak! tak nak!dah beberapa malam asyik termimpi pasal result ni.(uh~trust me,it was a nightmare!)sekarang ni bukan setakat jantung.hati,limpa,hempedu,paru-paru dan segala macam benda yang kat dalam ni dah nak terburai sama.(ok.enough about this)

sejak cuti ni,dah lama tak contact member-member.rasa bersalah yang amat.T_T
sorry guys.bukan bermaksud nak putuskan hubungan,tapi ada sebab yang menghalang.




sajanakbagitau:anum!banyaknya berjalan-jalan!jeles2.'kita' kena duk rumah je sebab tak da sapa nak bawak pi jalan-jalan.



*agak-agak kalau buat muka cam ni,mama papa nak tak ajak gi jalan-jalan..?*

Thursday, February 4, 2010

~warkah cinta berbau syurga~

dah lama tak update blog sebab tak tau nak cerita apa.but still ikut perkembangan sahabat-sahabat blogger yang lain.untuk post kali ni,just nak kongsi sedikit sebanyak pasal novel yang baru habis dibaca~WARKAH CINTA BERBAU SYURGA~
sebelum cerita lebih lanjut,nak confess pasal satu benda.(jangan terkejut sudah)honestly,masa mula-mula nak start baca novel ni,rasa cuak semacam.malas.jujurnya sebab novel kali ni ke arah keagamaan.yelah aku bukannya baik sangat.(kalau setan disuruh baca Quran nak ke dia?)macam tulah ibaratnya diriku di kala itu.walaupun sekolah agama,tapi still ada perasaan macam tu jugak.tapi alhamdulillah Allah gerakkan hati supaya baca sampai habis.dan syukur jugak aku tak sabar-sabar nak baca novel macam ni lagi.entri kali ni mungkin agak panjang dari yang biasa sebab aku nak share part dalam novel ni yang paling berkesan dalam diriku.so,hope you guys tak rasa boring bila baca.

manusia mana yang tidak pernah gagal?manusia mana tidak pernah kecewa?manusia mana yang tidak ada pasang surutnya?kita bukan malaikat bersayap seribu.bukan juga pari-pari yang wujud dalam mitos dan dongeng.jika ada manusia hari ini yang mendabik dada mengatakan dia adalah manusia sempurna,maka aku berani mengatakan bahawa dia bohong.

hidup sering berputar,dari bawah ke atas dan atas ke bawah.gelap juga ada waktu cerahnya dan cerah akan ada waktu mendungnya.perubahan akan berlaku.cuma soal waktu menjadi persoalan.oleh itu,kuingatkan sekali lagi hati-hati bila berbicara.cakap siang pandang-pandang cakap malam dengar-dengarkan.boleh jadi yang dibenci akan menjadi orang yang disayangi.boleh jadi yang disayangi akan menjadi musuh abadi.siapa tahu?Tuhan saja yang tahu.

orang yang tidak diuji,tidak tahu tinggi rendah langit di atasnya.orang yang hidup dalam kemewahan akan mudah tenggelam,tambahan pula jika kemelaratan tidak pernah menyentuh jiwa dan atmanya...mana mungkin dia tahu nilai sesuap nasi.oleh itu,apabila Tuhan berikan ujian beerti Tuhan mahu mengajarkan sesuatu.bila adanya gelap,erti sebatang lilin jadi berharga.apabila Tuhan bawa rusuh dan gawat,erti bahagia jadi berjuta-juta.siapakah yang mampu memberi nilai rasa selain Tuhan?syukurlah pada Tuhan jika diri dilanda ujian.

oleh itu,kita hidup untuk melihat dan menilai.biar yang buruk jadi sempadan dan yang baik dijadikan teladan.tugas kita berbincang dan mengajak kepada kebaikan,tetapi bukan tugas kita menghukum dan melabelkan orang.kita bukan Tuhan dan sama sekali kita tidak layak menghukum sesama umat kerana kita berasal dari satu bapa.iaitu Adam.kita juga dari satu umat iaitu umat Muhammad.sebaik mana pun kita,jangan lupa bahawa nabi sangat sayangkan umatnya sekalipun ramai lagi umatnya yang masih lupa dan lalai.


if you want to read the whole story but you don't wanna buy it or you can't find it,just let me know.I will lend you mine.with pleasure.this novel also tell us about love story.the sad love story.I bet you like it a lot for sure.

Thursday, January 21, 2010

memperkenalkan...

(sila buat nada suara macam pengacara majlis)ladies and gentlemen now I'm going to introduce to all of you my favourite group-korean-artist(hah~speaking dah berterabur*sheesh*)...ss501...



dari kiri:jung min,kyu jung,kim hyun joong,yong saeng,hyun jun






macam mana boleh tersangkut ngan double s ni?first time tengok group ni dalam rancangan ~thanks for waking me up~ pastu cuba-acu-try-test dengar lagu-lagu diaorang. mantop giler.kalau korang perasan,hyun joong adalah pelakon dalam cerita boys over flowers.hyun jun tu pula ada iras-iras muka my cousin male version.
kalau anum minat 2pm,zahlia suka big bang(male group)..aku pun ada favourite group jugak :p ss501
insya-Allah aku akan muat turun lagu-lagu ss501 dalam blog ni.hope you guys enjoy!

Monday, January 18, 2010

taktaunakkataapa

lonely....I'm a lonely..I have nobody..
ha~boring tahap giler duduk rumah sesorang.betullah kata Ayong.cuti lepas SPM memang memmmmmmbosankan!mama kata start belajar drive bulan dua nanti.lama lagi tuu..mama kata lagi sementara tu duduk rumah jaga adik,masak-memasak,kemas rumah,jemur-angkat-lipat kain.
otak dah tepu coz duk rumah lama sangat.sekarang ni jadi macam tak betul sikit.(mungkin banyak..T_T)sebabnya sekarang ni asyik je cakap sesorang,tersengih-sengih sesorang..macam-macam lagi lah yang sepatutnya dibuat oleh dua orang!ha~~~
sebenarnya dah plan banyak benda nak buat.macam....
*ambil class BI
*masuk class komputer
*asah bakat melukis-mewarna
*belajar masak/jahit
*daki gunung everest(ok,yang ni tipu :p)
tapi sekarang semuanya tak jadi!!!huhuhu sedih woooo~(ada lah satu dua yang menjadi.)
kadang-kadang rasa macam anak dara zaman dulu-dulu yang tunggu orang masuk meminang.kadang-kadang jugak rasa macam peserta program nyanyian yang tengah berlatih vokal suara sebab asyik sangat menjerit coz bosan tahap melampau!
aiseyman...tetiba rindu kat member-member sekolah......(miss you guys soooo much!!)

Tuesday, January 12, 2010

tiada kata yang dapat kuungkap..


akhirnya dapat jugak teruskan blog ni.yuhuuu!!!!yipie!yipie!!(ok.ok.terover dah tu).
setelah sekian lama menunggu,baru kali dapat update blog.sebabnya tak lain tak bukan ..internet telah dipotong sementara.huhu faham ajelah kenapa..
banyak benda nak cerita..pasal ex-schoolmates masa primary school,pasal benda yang terjadi sepanjang cuti...banyak lagi..
ok.untuk hari ni,pagi-pagi lagi dah dipaksa mandi oleh mama coz kitaorang nak pergi jerteh atas urusan tertentu.yelah sebelum ni nak mandi pukul berapa pun tak ada sorang pun tegur.(haha nampak sangat malas..mentang-mentang tak sekolah:p)
hari ni jugak diriku telah diusung oleh mama ke hospital atas alasan kakiku telah dijangkiti virus-virus.makanya secara rasminya diriku telah diberikan ubat antibiotik yang bewarni-warni mengalahkan smarties...(ah!!!!benci ubat!benci ubat!!)