Friday, February 26, 2010

orang besi buruk

pertama-tamanya ucapan tahniah atas kejayaan SMKANI dapat pencapaian 100% dalam STPM.
hip hip hoorayyy!!( kalau korang tak caya, disarankan pergi belek papers sekarang jugak! )

hari tu kan,oh~ rasa terharu yang amat.alkisahnya..bila duk rumah sesorang mestilah kurang berani sikit kan? bukan takut. tapi kurang berani. ( masih tak nak ngaku ) :p pastu bila dah rasa gitu mestilah luahkan apa yang kita rasa kat someone supaya kurang sikit rasa yang terbeban tu kan? so~kita pun citer la kat sis ayong pasal kejadian orang datang tanya-minta besi buruk. yup! besi buruk. boleh bayang tak bila kita duk sesorang kat rumah,pastu ada orang datang sampai masuk dalam pagar pastu dia ngendap-ngendap dalam rumah,pastu dia kata..

" kak! ada besi buruk? "

( what the...?!!) kalau sekali tak pelah. kali kedua orang lain yang datang.tapi tak adalah sampai masuk dalam pagar.tapi yang ni lagi takut. 1st dengar orang bagi salam. disebabkan sikap yang menghormati dan tak nak kecikkan hati orang lain,so pergilah jenguk disebalik tingkap yang tak berapa luas keterbukaannya( like i said before, i kan kurang berani. ) mulalah sesi dialog antara kami..

" kak! ada besi buruk? "
"tak de! tak de! " ( dalam hati, siap tambah, pergi main jauh-jauh )
dia pulak kata..
" takkan tak de kak. yang lebih-lebih sikit ke.."

amboi banyak cantik muka aku dan buruk benor muka kau. ingat rumah ni kilang buat besi ke..?!! ( ni dalam hati lah.takkan nak cakap depan-depan kang tak pasal-pasal makan tengah hari berlaukkan tapak kasut disaluti coklat..ahaks )

lepas sesi pujuk-memujuk sampai aku naik menyampah, orang tu pun blah macam tu je. dalam hati rasa syukur yang amat sangat. then, bila papa mama balik kerja citer lah kat diorang pasal mamat datang minta besi buruk tu. papa tanya dia naik apa?
cakaplah.yang 1st day yang datang naik lori. 2nd day datang jalan kaki..?!!
baru aku tersedar,orang datang mintak besi buruk jalan kaki? papa pun cakap, mana ada orang datang mintak besi jalan kaki..diorang biasa naik lorilah..
habis,yang datang hari tu sape?!! ( jeng! jeng!jeng! ) masa nilah perasaan kurang berani terus membuak-buak sampaikan terus jadi tak berani langsung.

so~apa yang terharunya? ha ni,nak bagitau lah ni..
lepas citer kat ayong pasal ni, ( sampai nangis-nangis sebab dah tak berani langsung ) pagi esoknya ayong pun citer kat papa mama .-angah takutlah, angah sampai nangis lah.. dan macam-macam lagi..-
hari tu sebenarnya dah prepare mental fizikal untuk hadapi sebarang kemungkinan. tetiba dikejukan oleh panggilan telefon dari mama. mama cakap mama cuti. nampak tak, kasihnya seorang ibu.sampai sanggup ambik cuti sebab nak temankan anaknya yang hilang keberanian duk rumah sesorang.esoknya, papa pulak tak pergi kerja. see? pengorbanan..

kesimpulannya.. bila mama mintak buat kerja rumah, mesti terus buat tanpa bantahan. faham? ( ada kena-mengena..? ) 2nd..bila ada orang bagi salam,jawab dalam hati je. tak payah pergi jenguk apatah lagi bukak pintu,pagar sebelum yakin orang yang datang betul-betul dikenali. ( ni pesan mama )
3rd, mestilah jaga penampilan agar tidak kelihatan tua sebelum masanya. ( ni sebab kedua-dua orang tersebut memanggilku kakak! ) (T_t)"

walaupun kita boleh aje nak minta tolong jiran yang duk tak sampai sepelaung kat sebelah rumah, tapi apalah sangat,kalau kita sendiri tak ambil langkah berjaga-jaga. tambahan pulak, jiran sebelah rumah ni pun 8X8 sama macam yang sedang menulis ni. tak berapa berani duk sesorang lepas anak-anaknya keluar ke sekolah. jadi, kepada anda, berhatilah-hatilah dengan orang besi buruk...

Thursday, February 18, 2010

farah deodorant

OH. MY. GOD. macam tak caya bila dapat SMS dari farah.kawan yang jadi kawan oleh insiden yang menggelikan ulu hati. secara ringkasnya macam nilah..

sms 1:ni dilah ke? (ayat ni disertakan sekali dengan permintaan kredit rm1 dari beliau yang berkenaan)
~so..just buat tak tau sebab tuan punya phone sudah agak lama tak memtop-upkan phone beliau.konklusinya,sms ini diabaikan ~dalam hati hampir-hampir ingin mengeluarkan kata-kata jahat. (ya,hampir-hampir.belum keluar lagi- semoga Allah ampunkan diriku -) sebabnya nombor datang entah dari mana tetiba mintak top-up? (ahaks~ nampak sangat kedekut :p) tapi sejujurnya,hati masih tertanya siapakah gerangan yang yang menghantar sms ni?adakah beliau temanku?adakah aku mengenalinya? adakah? adakah? dan.....adakah? -yuhuu..terlebih sudah-

sms 2:(kali ni tanpa permintaan kredit) ni dilah ek? dilah, ni farah lah. (farah?!!?)~ tetiba mataku terbuntang oleh ayat...~ farah deodorant!
WHAT!!?? hakhakhakhuhuhaha~~~

yeah~ mana boleh lupa nickname ni.and I'm sure moona pun tak lupa kan? am I right?
(oh..memori silam kembali lagi..):D

Wednesday, February 17, 2010

jantung berdegup kencang bila...

..bila aku mendapat perkhabaran bahawasanya kim sang bum akan masuk meminang!ahaks..!(cit~lagi mau berangan :p)





yang sebenarnya......

jantung berdegup kencang bila...
..aku mendapat perkhabaran yang result spm akan keluar tak lama lagi!waaaaa...tak nak! tak nak!dah beberapa malam asyik termimpi pasal result ni.(uh~trust me,it was a nightmare!)sekarang ni bukan setakat jantung.hati,limpa,hempedu,paru-paru dan segala macam benda yang kat dalam ni dah nak terburai sama.(ok.enough about this)

sejak cuti ni,dah lama tak contact member-member.rasa bersalah yang amat.T_T
sorry guys.bukan bermaksud nak putuskan hubungan,tapi ada sebab yang menghalang.




sajanakbagitau:anum!banyaknya berjalan-jalan!jeles2.'kita' kena duk rumah je sebab tak da sapa nak bawak pi jalan-jalan.



*agak-agak kalau buat muka cam ni,mama papa nak tak ajak gi jalan-jalan..?*

Thursday, February 4, 2010

~warkah cinta berbau syurga~

dah lama tak update blog sebab tak tau nak cerita apa.but still ikut perkembangan sahabat-sahabat blogger yang lain.untuk post kali ni,just nak kongsi sedikit sebanyak pasal novel yang baru habis dibaca~WARKAH CINTA BERBAU SYURGA~
sebelum cerita lebih lanjut,nak confess pasal satu benda.(jangan terkejut sudah)honestly,masa mula-mula nak start baca novel ni,rasa cuak semacam.malas.jujurnya sebab novel kali ni ke arah keagamaan.yelah aku bukannya baik sangat.(kalau setan disuruh baca Quran nak ke dia?)macam tulah ibaratnya diriku di kala itu.walaupun sekolah agama,tapi still ada perasaan macam tu jugak.tapi alhamdulillah Allah gerakkan hati supaya baca sampai habis.dan syukur jugak aku tak sabar-sabar nak baca novel macam ni lagi.entri kali ni mungkin agak panjang dari yang biasa sebab aku nak share part dalam novel ni yang paling berkesan dalam diriku.so,hope you guys tak rasa boring bila baca.

manusia mana yang tidak pernah gagal?manusia mana tidak pernah kecewa?manusia mana yang tidak ada pasang surutnya?kita bukan malaikat bersayap seribu.bukan juga pari-pari yang wujud dalam mitos dan dongeng.jika ada manusia hari ini yang mendabik dada mengatakan dia adalah manusia sempurna,maka aku berani mengatakan bahawa dia bohong.

hidup sering berputar,dari bawah ke atas dan atas ke bawah.gelap juga ada waktu cerahnya dan cerah akan ada waktu mendungnya.perubahan akan berlaku.cuma soal waktu menjadi persoalan.oleh itu,kuingatkan sekali lagi hati-hati bila berbicara.cakap siang pandang-pandang cakap malam dengar-dengarkan.boleh jadi yang dibenci akan menjadi orang yang disayangi.boleh jadi yang disayangi akan menjadi musuh abadi.siapa tahu?Tuhan saja yang tahu.

orang yang tidak diuji,tidak tahu tinggi rendah langit di atasnya.orang yang hidup dalam kemewahan akan mudah tenggelam,tambahan pula jika kemelaratan tidak pernah menyentuh jiwa dan atmanya...mana mungkin dia tahu nilai sesuap nasi.oleh itu,apabila Tuhan berikan ujian beerti Tuhan mahu mengajarkan sesuatu.bila adanya gelap,erti sebatang lilin jadi berharga.apabila Tuhan bawa rusuh dan gawat,erti bahagia jadi berjuta-juta.siapakah yang mampu memberi nilai rasa selain Tuhan?syukurlah pada Tuhan jika diri dilanda ujian.

oleh itu,kita hidup untuk melihat dan menilai.biar yang buruk jadi sempadan dan yang baik dijadikan teladan.tugas kita berbincang dan mengajak kepada kebaikan,tetapi bukan tugas kita menghukum dan melabelkan orang.kita bukan Tuhan dan sama sekali kita tidak layak menghukum sesama umat kerana kita berasal dari satu bapa.iaitu Adam.kita juga dari satu umat iaitu umat Muhammad.sebaik mana pun kita,jangan lupa bahawa nabi sangat sayangkan umatnya sekalipun ramai lagi umatnya yang masih lupa dan lalai.


if you want to read the whole story but you don't wanna buy it or you can't find it,just let me know.I will lend you mine.with pleasure.this novel also tell us about love story.the sad love story.I bet you like it a lot for sure.