dah lama tak update blog sebab tak tau nak cerita apa.but still ikut perkembangan sahabat-sahabat blogger yang lain.untuk post kali ni,just nak kongsi sedikit sebanyak pasal novel yang baru habis dibaca~WARKAH CINTA BERBAU SYURGA~
sebelum cerita lebih lanjut,nak confess pasal satu benda.(jangan terkejut sudah)honestly,masa mula-mula nak start baca novel ni,rasa cuak semacam.malas.jujurnya sebab novel kali ni ke arah keagamaan.yelah aku bukannya baik sangat.(kalau setan disuruh baca Quran nak ke dia?)macam tulah ibaratnya diriku di kala itu.walaupun sekolah agama,tapi still ada perasaan macam tu jugak.tapi alhamdulillah Allah gerakkan hati supaya baca sampai habis.dan syukur jugak aku tak sabar-sabar nak baca novel macam ni lagi.entri kali ni mungkin agak panjang dari yang biasa sebab aku nak share part dalam novel ni yang paling berkesan dalam diriku.so,hope you guys tak rasa boring bila baca.
manusia mana yang tidak pernah gagal?manusia mana tidak pernah kecewa?manusia mana yang tidak ada pasang surutnya?kita bukan malaikat bersayap seribu.bukan juga pari-pari yang wujud dalam mitos dan dongeng.jika ada manusia hari ini yang mendabik dada mengatakan dia adalah manusia sempurna,maka aku berani mengatakan bahawa dia bohong.
hidup sering berputar,dari bawah ke atas dan atas ke bawah.gelap juga ada waktu cerahnya dan cerah akan ada waktu mendungnya.perubahan akan berlaku.cuma soal waktu menjadi persoalan.oleh itu,kuingatkan sekali lagi hati-hati bila berbicara.cakap siang pandang-pandang cakap malam dengar-dengarkan.boleh jadi yang dibenci akan menjadi orang yang disayangi.boleh jadi yang disayangi akan menjadi musuh abadi.siapa tahu?Tuhan saja yang tahu.
orang yang tidak diuji,tidak tahu tinggi rendah langit di atasnya.orang yang hidup dalam kemewahan akan mudah tenggelam,tambahan pula jika kemelaratan tidak pernah menyentuh jiwa dan atmanya...mana mungkin dia tahu nilai sesuap nasi.oleh itu,apabila Tuhan berikan ujian beerti Tuhan mahu mengajarkan sesuatu.bila adanya gelap,erti sebatang lilin jadi berharga.apabila Tuhan bawa rusuh dan gawat,erti bahagia jadi berjuta-juta.siapakah yang mampu memberi nilai rasa selain Tuhan?syukurlah pada Tuhan jika diri dilanda ujian.
oleh itu,kita hidup untuk melihat dan menilai.biar yang buruk jadi sempadan dan yang baik dijadikan teladan.tugas kita berbincang dan mengajak kepada kebaikan,tetapi bukan tugas kita menghukum dan melabelkan orang.kita bukan Tuhan dan sama sekali kita tidak layak menghukum sesama umat kerana kita berasal dari satu bapa.iaitu Adam.kita juga dari satu umat iaitu umat Muhammad.sebaik mana pun kita,jangan lupa bahawa nabi sangat sayangkan umatnya sekalipun ramai lagi umatnya yang masih lupa dan lalai.
if you want to read the whole story but you don't wanna buy it or you can't find it,just let me know.I will lend you mine.with pleasure.this novel also tell us about love story.the sad love story.I bet you like it a lot for sure.
No comments:
Post a Comment