sebagaimana yang kita sedia maklum,(ceh,ayat bm format spm...) jom heboh telah berkampung di kota bharu sejak hari jumaat lagi. jadi...setelah kitaorang adik-beradik tengok iklan kat TV pasal ni, apalagi mulalah sesi pujuk-memujuk mama dan papa. kiranya iklan tu berjayalah merasuk fikiran kitaorang yang memang sudah dirasuk dengan pelbagai benda. awal-awal lagi mama dah pesan. kalau nak pergi sana, bangun awal-awal! (hah! nampak sangat bangun lambat..lepas subuh,tido balik..ish ish ish) memang excited giler nak pergi ni.walaupun pergi lewat daripada yang dirancang, tapi...memang teruja!!!
oleh kerana kitaorang memang jakun tahap melampau, mulalah excited nak jumpa artis.lebih-lebih lagi bila tengok kat TV pagi tu, ramai artis yang datang..! langkah je kaki keluar dari rumah, muka dah tersengih macam kerang busuk.
tapi, yang sedihnya.....
bila sampai je kat tapak jom heboh tu, punyalah ramai orang! berduyun-duyun...!!
orang ramai+kereta banyak= parking susah nak cari...
so, pusinglah satu KB semata-mata nak cari parking. yang sadisnya..langsung tak dapat parking...
jadi, apa yang korang boleh simpulkan?
yup!!kitaorang tak dapat pergi jom heboh tu...T_T. tulah papa. orang suruh beli helikopter, tak nak! kalau ada helikopter kan senang. tak payah susah-susah cari parking.(hoho jahat punya anak!)
adik-adik pulak,masing-masing dah buat muka seposen. yelah kan, apa yang diaorang rancang semua tak menjadi. my 'lil sis dah rancang kalau jumpa fizo, nak buat macam nilah, macam tulah..nak ambik gambar lah..macam-macam lah..(sajelah tu nak kasi kakak dia yang nombor dua yang cantik lagi lawa ni dengki :p)well...I minat fizo..hakhak
tak jadi pergi jom heboh, takkan nak terus balik kan? penat lelah bawak kereta...
so, kitaorang decided pergi KB mall. untung jugak.. sebabnya mama belikan baju baru.....!wah~
tak menyesal lah walaupun tak pergi jom heboh. bak kata pepatah, di bawah taik lembu yang kering, pasti ada rumput yang menghijau....
renung-renungkan lah...
5 comments:
ingt sng ke nk g jomheboh...
ore taw doh bnr klu g pown,bukn ade tmpt parking pown...hohohho
baik x pyh g trus..jimat minyak ;P
yelah mak cik....menyesal tiada guna...*isk isk*
cantik bunyik pepatah last tuh..
haha
well...i tak nak jadi katak yg duduk bwah tempurung dan digelek tayar...hakhak (x faham?abaikan)
kita perlu gunakan pepatah yg terbaru untuk merangsang minda...(juga abaikan...)
gapo lah dilah ngapo uh?ahahahaa
Post a Comment