Friday, March 26, 2010

tips yang korang suka

tips kuruskan badan!!

1. Tetapkan matlamat anda untuk mengurangkan berat badan secara perlahan-lahan. Iaitu penurunan dalam lingkungan 0.5kg ke 1kg dalam seminggu.
Biasanya 0.5kg adalah angka yang biasa yang mampu dicapai oleh kebanyakan anda. Tapi jangan terlalu memaksa jika anda tak mencapai sasaran awal. Jika anda dapat kurangkan 0.1kg pun dah bagus untuk
permulaan. hmmm..jangan tamak haloba
2. Sebaiknya, lupakan niat anda untuk mengambil sebarang ubat-ubatan dengan tujuan menurunkan berat badan. Lebih-lebih lagi tanpa mendapat nasihat atau kebenaran doktor plak tu. ini tak.apa yang ada kat pasaran,semua korang sumbat.pantang tengok iklan dalam TV.ish ish ish~
Bagi anda yang nak menjaga otot, boleh ambil suplemen seperti Glutamin setiap hari selepas sesi senaman. fuyoo!lepas ni gerenti korang semua akan jadi wonder woman,otot berketul-ketul..
3. Ambil makanan dan minuman yang rendah kalori dan mempunyai kandungan nutrien yang tinggi. Kurangkanlah sebanyak 500 kalori sehari untuk tujuan mengurangkan berat badan.
Kurangkan juga pengambilan makanan ataupun minuman yang manis (kandungan gula yang tinggi). Lebihkanlah memakan buah-buahan dan sayur-sayuran segar.
4. Elakkan memakan makanan ringan di antara waktu makan. Sebaliknya, anda boleh gantikan dengan sekeping biskut krim kraker dengan secawan kopi atau teh kurang manis (rendah lemak). Ataupun makan saja buah-buahan sebagai ganti.
5. Banyakkan minum air mineral dan jangan meminum minuman
beralkohol. pastikan sekurang-kurangnya anda menghabiskan satu gelen air sehari ^^
6. Tetapkan waktu makan anda setiap hari.
Kemudian, disiplinkan diri anda agar makan pada waktu yang ditetapkan. Jika dicepatkan atau dilambatkan sedikit pun tak mengapa. Ikut keadaan dan kesesuaian anda.
7. Makanlah di ruang makan dan bukannya di depan tv
. siapalah aku tanpa TV..jangan pisahkan kami!!
8. Biasakan diri menggunakan pinggan yang lebih kecil semasa makan. Tujuannya supaya anda tidak mengambil terlalu banyak atau menambah lauk pauk terutama yang berlemak atau berkalori tinggi. okey...yang ni,pastikan korang menggunakan piring alas cawan untuk makan ye..gerenti memanggg kecil :p
9. Penuhkan hari anda dengan melakukan aktiviti tertentu bagi mengelakkan daripada asyik teringatkan makanan. makanan adalah perkara utama yang berlegar-legar di di dalam otakku..all the time
10. Akhir sekali, pastikan anda mendapatkan rehat secukupnya. Contohnya waktu tidur. Tidurlah dalam 6 hingga 8 jam sehari.

tips seterusnya ni akan menggembirakan hati para ibu..
tahukah anda? sejam melakukan kerja rumah, ia boleh membakar kalori antara 200-1000kJ!!
jadi,lepas ni kalau mak suruh buat kerja-kerja rumah,jangan merungut!
buat je...niat dalam hati...nawaitu aku nak kurus..
pastikan masa buat kerja rumah tu..postur badan kena betul.jangan bongkok terutama sekali masa menyapu atau mengemop lantai.sekaligus korang akan dapat bentuk badan yang menawan gitu~
selamat mencuba~

p/s:walau apa sekali pun,syukurlah dengan apa yang kita ada...nak kurus hanya untuk kesihatan kita tak apa.tapi jangan nak kurus sebab ada niat tak baik...

3 comments:

mohad said...

entry yang menarik..

aNuM RadZi said...

wow!!brilliant info..
haha

tgk dop biggest loser bru2 nh?
bez wok!!~~^^
wakil mlysia no 3..aaron..
<",>

cahaya keadilan said...

tengok!tengok!
mmg best!tulah yang excited nak kurus ni.walaupun makin hari,badan makin naik..haha